"Intan,kau nak amik course apa nanti ?"
"Em,aku dah nekad nak amik Sains Aktuari kot"
"Apa tu ? sains laut ke"
yes.Mostly err bukan mostly tapi semua member aku yg tanya aku hala tuju lepas SPM,semua dialog dia sama je mcm yg kat atas ni.Kecuali sorang lah,kawan aku yg si Shakira tu.Dia sorang je yg tahu pasal course ni.Aku agak terkilan lah sebab tak sangka course ni ramai orang tak tahu.Hanya popular di kalangan cina je.And aku rasa nanti time balik kampung nanti,mesti semua makcik-2 pakcik-2 nenek-2 sepupu-2 aku akan jadi blur juga.Maigod,how Im gonna go through this.And then tak pasal-2 aku kena bercerita satu-2.Okay Im gonna die.Argh ! !@#$%^&*()_+Tapi takpe,aku tak boleh nak salahkan mereka-mereka tu sebab dulu aku pun tak tahu pasal benda alah ni --' hakhak Thanks kepada kawan kepada makcik aku ni.Haaa,dia ni lah yg ajak aku menyelami dalam bidang ni memandangkan minat kami sama iaitu GILA MENGIRA dan suka mathematics.Dan,aku rasa aku dah buat keputusan untuk sahut cabaran dia,nak ambil course ni memandangkan course ni sesuai dengan otak aku.Insyaallah..korang doakan yg terbaik untuk aku okay :)
So,shall we start ? For sure yall wonder what the hell is that course yeah.Dan for this time being ni aku just cakap macam ni je dekat dorang
"Lebih kurang macam bidang akaun je cuma aku belajar Matematik lebih sikit".
okay,itu je yg mampu aku jawab.Kalau dia tanya lagi lebih-2 aku lempang je dia xD haha
Mungkin bila aku dah study dalam course ni nanti,aku boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi apa itu SA :) So,rajin-2 lah baca artikel yg aku jumpa di bawah ni sampai habis supaya korang boleh faham and secara tidak langsung dapat menambah sedikit ilmu pengetahuan di dada tu.Tak rugi kan :)
#p/s: Hi Abang Harith.Saya pinjam artikel di blog awak tu eh ? hehe.saya juga peminat science aktuary dan hanya mahu berkongsi cerita.Terima kasih :)
Kawan-kawan sekolah saya sering tanya kenapa saya memilih bidang Sains Aktuari. Kenapa saya tak memilih bidang profesional seperti Medik, Dentistry, Farmasi atau bidang-bidang lain. Kadang-kadang, memang saya terfikir tentang kewajaran keputusan ini. Adakah saya yakin untuk menjadikan Aktuari sebagai profession saya pada masa hadapan. Pada hakikatnya tak ramai yang tahu bidang Sains Aktuari ini adalah antara bidang yang susah dan juga menawarkan gaji yang tinggi. Pekerjaan sebagai seorang Actuary berada pada ranking nombor satu di dunia. Klik link ini untuk bukti. Tapi, kalau di Malaysia lain sikit rankingnya kot.
Di Malaysia kursus ini menjadi rebutan kaum Cina yang mempunyai IQ tinggi dalam bidang matematik. Malangnya tak ramai orang Melayu yang tahu tentang kos ini. Justeru di sini saya ingin kongsikan apa yang saya tahu tentang kos ini mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.
TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
* perancangan strategik
* Risiko persekitaran
* Demografi
* Peramalan cuaca
* Insurans kesihatan
* Pengurusan harta benda & dana
* Firma undang-undang
Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.
Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.
SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?
1) Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik
2) Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari
sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
3) Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
4) Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
5) Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
6) Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.
Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.
AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti teknologi MARA(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan Universiti Malaya(UM) menawarkan kursus sains aktuari pada peringkat sarjana muda. Tetapi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.
Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.
OBJEKTIF SAINS AKTUARI
Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.
SUMBER:


No comments:
Post a Comment