Tuesday, September 17, 2013

Debaran....

Ahad bersamaan dengan 1 haribulan sembilan permulaan hari bagi September yg indah...

Perlahan lahan aku buka mata.Benda pertama sekali yg aku akan cari bila celik je mata ialah HANDPHONE kesayangan.Oh dunia sekarang dah nak kiamat.HAHA okay lepastu tengok tarikh and teringat...Oh ya harini hari pendaftaran aku dekat UKeyEm hihi Universiti Kebangsaan Malaysia.Ohmannnn terus mata menoleh ke arah beg gua yg dah siap di pack.Oh noooooooo! Dengan malasnya aku bersiap.Tup tap tup tap dah siap ada dekat pintu rumah.Sayu je pandang rumah pandang Momo dan Memey (kucing) diorang pun pandang aku macam faham faham je aku nak pergi.Puihhh ayat acah acah macam nak pergi jauh je.Padahal BANGI saje nyah oi.Hahah dalam nogori je pung duhh tak payah nak emo sangat lah!
Hahahah then bermulah perjalanan ke UKM Bangi.Sepanjang perjalanan benda yg aku takut em bukan takut sangat lah tapi cam cuak lah pasal SIAPAKAH YG BAKAL MENJADI roomate gua?Jeng jeng jeng...gila kau tak nebesss sekali dapat indian heh mapuhh aku woi.Hahhahaha tak sempat nak panaih bontot eh dah sampai tol masuk UKM Bangi dah.Eh eh apasal cepat sangat doh aku rasa macam baru gerak je.
Haihh dah takdir kan nak buek acano? Hmm lepas je tol tu ada ramai senior UKM kot pegang kain rentang ramai ramai sepanjang jalan nak menuju ke pintu masuk UKM tu.Aku tak excited sangat sebab dah pernah masuk UKM kan.So,here i come bebeh.Turun je kereta aku kena masuk SORANG SORANG ke dalam kolej kediaman aku untuk mendaftar -.- Then dah daftar dapat kunci semua aku pergi tengok bilik jap.Tingkat 3 WOI gila malang nasib aku.Masuk je bilik tengok belum ada orang lagi.Yang ada katil 2 buah almari dan so on.Hmm bilik aku puas hati lah sebab macam hotel sikit stail dia ada balkoni utk sidai kain.Kiranya bilik tu ada 2 pintu lah.Faham tak ? Hahha k aku pun siap siap ah cop katil mana yg best.Hihi then keluar balik pergi panggil family angkut barang naik atas.Pergh cungap cungap kitorang.Ayah bising bising angkut luggage aku yg besar lagi berat itu.HAHAHAHA k dah sampai bilik kemas semua so ada 3 jam lagi before berkumpul dekat khemah atas bukit tu.So,aku decide nak jalan-2 ronda2 bangi dengan family.Hmmm,still aku belum tahu roomate aku siapa dan macammana.Cuak tak hilang lagi ni...

k dah jenjalan semua beli mana yg tak cukup plus makan tengahari family pun hantar aku balik hostel.
Kali ni ibu and adik je hantar aku balik bilik.Masa tengah jalan je menuju ke bilik,aku sumpah nebes.Dari jauh aku dah nampak ada kasut kasut bertaburan depan bilik aku.Okay this is it.Kasi redah je fuhh.Bagi salam ketuk pintu dan masuk.Masuk masuk je aku tengok ada 2 orang perempuan tudung labuh tengah berkemas.Aku pun macam eh eh mana satu roomate aku ni eh eh aik em em hahahahaha.
Then salam diorang dan tetiba sorang permpuan ni tegur,awak siapa nama?Saya Hanisah...Oh yang ni ke roomate aku..Aku perkenalkan diri dan salam and berlaga pipi sejenak.Masa tu aku dalam hati "Fuhh,alim betul.Takut pulak aku" hahah aku mana biasa wei kawan dengan orang camni.Hmm but aku try to act like nothing happened.Aku dengan dia sibuk berkemas.Ibu aku borak2 dengan mak dia.Sampai laaaa orientasi bermula....My family dah balik semua.Aku tak banyak sangat cakap dengan dia.Mungkin keadaan terlalu sibuk kot.Yelah,orientasi kan.Sepanjang seminggu orientasi tu.Banyak yg aku perhati.Hihi roomate aku ni kecil orangnya.Ala ala macam aku lah kurus keding kulit pun macam aku sikit.Dia peramah jugak.Sebab aku banyak bercakap kot sebab tu lah dia pun kena layan je so dia pun peramah la.Hihi aku tak boleh hidup kalau diam je,So,apa apa yg aku story dia akan dengar.Lagisatu,suara dia sedap....rasanya lagi sedap dari aku kot! Hahaha sumpah first time dalam banyak banyak orang yg aku kawan,dia yg pertama pandai menyanyi.Aku tahu sebab cara dia cakap,baca alQuran and menyanyi lagu(nasyid la bukan balada ke apa) sedap aku dengar.Vokal boleh tahan ah.Hahaha yg ni paling aku perasan gila.Barang dia tak banyak pun kalau nak dibandingkan dengan aku.Aku punya barang...ya rabbi -.- Yang paling happy sekali dia juga sama course dengan aku.Jadual kelas kitorang sama kot.Haha so kemana mana aku dengan dia jelah.Senang!Jujur aku kata aku suka dapat kawan merangkap teman sibilik yg macam ni.Diam,tak banyak kerenah,tak gedik,alim pandai baik...Senang cerita,sesuai la untuk dijadikan kawan.Aku takut gila kalau dapat yg gedik gedik yg over over haihh mati aku nak layan.Dah la nak kena hadap setahun.Aku bersyukur sangat ya Allah.Senang cerita,tak ada masalah.Haaa yg paling aku terharu kitorang selalu solat berjemaah sama sama dia yg jadi imam.Comel kan? HIHI cuma dia ada ajak pergi usrah dekat mana tah.Aku aku hmm i dont have an answer yet till now :( aku tak ready lagi aku malu sebenarnya.Hmmm k la till here then.Dah maghrib ni haishhh see ya lain hari.Bye assalamualaikum :)

No comments: